Ucapan Pemimpin Tertinggi Konvensyen_Pakatan_Rakyat_Pertama

Beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat telah memberi ucapan dalam Konvensyen ini. Antaranya Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang yang bekata

Ramai kata kita rapuh, tidak pasti apa dasarnya. Hari ini, kita tetapkan dasar yang jelas, dasar Pakatan Rakyat. Mana? Mana ada satu dokumen seperti ini? Banding apa yang ada pada Pakatan Rakyat, BN tak mampu mengadakan dokumen ini.

Tidak pernah pimpinan UMNO berani berdepan dengan orang Melayu mengatakan, mantap Bahasa Melayu, pertahan Bahasa Cina, Tamil dan bahasa ibunda. Yang takut hanya pemimpin kerdil UMNO kerana Bahasa Inggeris tidak baik, Bahasa Melayu pun lintang pukang.

Pakatan Rakyat akan martabat kedudukan Islam, mengangkat penghayatan dan memastikan umatnya memahami dan melaksanakannya sedaya upaya. Tapi jangan heboh Islam Hadhari, Islam 1 Malaysia ketika rasuah menjalar, merebak. Apa ertinya Islam bila zalim kepada orang Islam dan orang bukan Islam. Islam apa?, apabila kezaliman ditegak, bukan keadilan.

Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, Presiden PAS, berkata:

"Perpecahan dalam tiap-tiap satu parti BN yang sedang memerintah sepatutnya menjadi iktibar kepada Pakatan Rakyat, dan kita sendiri mestilah menunjukkan perpaduan walaupun berbeza pendapat dalam beberapa perkara.

"Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza"

"Sebenarnya kita mengalami demokrasi yang sakit tenat, dengan konkongan yang menghalang rakyat menjadi hakim yang adil dan telus bagi semua pihak."

"Dengan ini PAS ingin membuktikan kita boleh berpakat dan setia dengan perjanjian dalam PR kerana inilah ajaran agama."

"Zalim boleh memecahbelahkan satu keluarga, maka lebih lagi memecahkan satu negara, kerana zalim itu memecahkan kasih sayang di antara satu sama lain.

Yang Berhormat Karpal Singh, Pengerusi Nasional Parti Tindakan Demokratik, pula berkata:

"Sebagai peguam saya memberi jaminan di sini, saya akan menggunakan kebolehan yang ada dalam tangan saya, untuk menentukan beliau dilepaskan dari satu pertuduhan yang tidak benar."